Posts

UNIT HIV & STI

Image
Unit HIV & STI adalah salah satu unit di dalam Bahagian Kesihatan Awam.
Unit ini diasaskan bertujuan untuk menjalankan aktiviti / Program pencegahan dan rawatan penyakit HIV/AIDS dan penyakit kelamin khususnya bagi fasiliti awam di bawah seliaan JKN.
Unit ini juga di pertanggungjawabkan untuk memberi nasihat teknikal kepada agensi – agensi bukan KKM dan swasta dalam perawatan dan penyakit HIV/AIDS dan STI


Objektif
 i-    Untuk mengurangkan jangkitan HIV/AIDS dan penyakit kelamin di kalangan mereka yang berisiko .
 ii-    Untuk mencapai hasrat kerajaan dan agensi antarabangsa bagi mencapai Millennium Development Goals.

UNIT TIBI DAN KUSTA

Image
OBJEKTIF/FUNGSI UMUM

Mengurangkan transmisi Tibi di komuniti dengan meleraikan rantaian transmisi penyakit tersebut.

OBJEKTIF/FUNGSI KHUSUS

1.   Melindungi 100% di kalangan populasi yang terdedah kepada jangkitan Tibi (terutama golongan kanak-kanak) melalui imunisasi BCG primer. 2.   Menukarkan sekurang-kurangnya 85% jenis Tibi berjangkit kepada jenis bukan berjangkit melalui rawatan yg berkesan &  segera (Sputum Conversion Rate). 3.   Memastikan 85% kadar sembuh (Cure Rate) di kalangan kes baru sputum positif yang dikesan. 4.   Mengesan sekurang-kurangnya 70% kes sputum positif (Case Detection Rate). 5.   Memastikan 100% kes sputum positif di bawah DOT (Directly Observed Treatment ).

MISI
Untuk mencipta satu komuniti di negeri yang progresif dan bebas Tibi dan kusta berdasarkan kepada prinsip -prinsip kesihatan awam dan mempunyai nilai-nilai moral yang tinggi.


VISI

Untuk menjadikan Pahang sebagai negeri yang mempunyai individu, keluarga dan komuniti yang sihat dengan menitikberat…

RAMADHAN DI PERANTAUAN

Image
1 Ramadhan 1434 Hijrah bersamaan 10 Julai 2013 Tahun ini aku diberi cabaran untuk menjalani ibadah puasa di perantauan. Tidak pernah terlintas dalam fikiran akan menetap di sini. Tanggal 10 Jun aku melaporkan diri di Bahagian Pengurusan Latihan (BPL), Kementerian Kesihatan Malaysia. Aku ditawarkan jawatan Pengajar Penolong Pegawai Kesihatan Kesihatan Persekitaran U41.  Selama satu minggu menjalani orientasi dan taklimat oleh pihak BPL, barulah kami mengetahui penempatan masing-masing. Surat penempatan disampaikan oleh Setiausaha Bahagian, Dato' Abu Bakar Othman. Buka sahaja sampul surat.. nah.....

KOLEJ KESIHATAN AWAM KUCHING JABATAN KESIHATAN NEGERI SARAWAK BATU 7 1/2, JALAN PENRISSEN, KOTA SENTOSA 93250 KUCHING, SARAWAK

Redha. Aku pun sudah begitu lama menunggu untuk menjawat jawatan sebagai penjawat awam. 6 tahun penantian. Ini adalah cabaran yang harus aku sahut. Hidup di Perantauan. 

Tapi.......  Air mata tetap mengalir saat mengenang bersahur dan berbuka puasa bersama kelua…

SELALU DENGANMU

Image
SHAZLEE + SHAHREEN + LEENDA + FIRDAUS = BEST FRIEND FOREVER

rindu sangat pada kamu semua.... so, malam ni lagu ini ditujukan khas buat kalian...  huhuhu...




Selalu Denganmu - Tompi
adakah waktu yg tak berbatas
untukku merasa bahagia
saat-saat aku jatuh cinta
saat ku terbang jauh ke sana

(reff)
selalu denganmu
kasihku selamanya
selalu denganmu
cintaku bersama

kaulah matahari dalam hidupku
dan kaulah cahaya bulan di malamku
hadirmu selalu akan ku tunggu
cintamu selalu akan ku rindu

(ulang reff)
   tahukah kau diriku
   tak sanggup hidup
   bila kau jauh dariku
   ku ingin di pelukmu selalu

hadirmu selalu akan ku tunggu
cintamu selalu akan ku rindu
dan tiada lagi batas ruang waktu
   tahukah kau diriku
   tak sanggup hidup
   bila kau jauh dariku
   ku ingin di pelukmu selalu
   oh tuhan tetapkan rasa cintaku ini
   hanya untukmu
   selalu setia selama-lamanya
   tahukah kau diriku
   tak sanggup hidup
   bila kau jauh dariku
(bahagianya rasa kalau ada orang sanggup mainkan lagu ini untuk aku…

UNIT KESIHATAN PEKERJAAN DAN ALAM SEKITAR

Image
OBJEKTIF BAHAGIAN / UNIT

OBJEKTIF AM Untuk meningkatkan dan mengekalkan keadaan kesihatan fizikal, mental dan sosial anggota kesihatan daerah pada tahap optimum.
OBJEKTIF KHUSUS Untuk mengekalkan persekitaran, proses dan amalan pekerjaan yang sihat, selamat dan mencegah masalah kesihatan yang mungkin berlaku akibat pekerjaan atau persekitarannya.Untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran mengenai kesihatan dan keselamatan pekerjaan di kalangan majikan, pekerja dan pelanggan.Untuk meningkatkan tahap kesihatan, keselamatan dan kebajikan anggota melalui aktiviti pencegahan dan pengawalan penyakit di tempat kerja.Meningkatkan kualiti dan produktiviti melalui peningkatan taraf kesihatan, keselamatan dan kebajikan anggota.

STRATEGI BAHAGIAN / UNIT Integrasi program kesihatan pekerjaan di peringkat penjagaan kesihatan primerLatihan kepada anggota berkaitan kesihatan pekerjaanPengukuhan rangkaian pemantauan epidemiologi penyakit pe…

UNIT KAWALAN PENYAKIT BAWAAN VEKTOR

Image
OBJEKTIF BAHAGIAN /UNIT

OBJEKTIF AM Mengurangkan kadar kejadian (morbiditi) dan kadar kematian  (mortaliti) akibat kejadian penyakit bawaan vektor supaya tidak menjadi masalah kesihatan umum. Mencegah kemasukan penyakit bawaan vektor eksotik ke Malaysia. OBJEKTIF KHUSUS Menjalankan pemantauan ke atas penyakit–penyakit bawaan vektor. Menjalankan siasatan epidemiologi bagi menentukan tahap rebakan dan punca jangkitan penyakit. Menjalankan rawatan yang tepat dan radikal. Menjalankan kawalan vektor yang berkesan. Menjalankan kawalan terhadap penyakit bawaan vektor. Mengadakan satu sistem laporan dan maklumbalas yang cepat. Memberi latihan dan pendidikan kepada kaki…

UNIT KAWALAN MUTU AIR MINUM

Image
OBJEKTIF BAHAGIAN / UNIT Memastikan mutu air minum yang dibekalkan kepada penduduk adalah bermutu dan selamat serta mematuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini adalah bertujuan untuk melindungi pengguna daripada ancaman penyakit-penyakit bawaan air akibat meminum air yang tercemar dan tidak bersih.Memastikan mutu air yang dibekalkan kepada penduduk ladang/lombong adalah bermutu dan selamat diminum serta mematuhi piawai yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini adalah bertujuan untuk melindungi pengguna daripada mendapat ancaman penyakit-penyakit bawaan air akibat meminum air yang tercemar dan tidak bersih.

PERANAN BAHAGIAN / UNIT Menyediakan Program Tahunan aktiviti percontohan air yang dibekalkan oleh JKR.Menjalankan aktiviti-aktiviti percontohan setiap minggu mengikut jadual/program yang telah disediakan.Menjalankan an…

UNIT INSPEKTORAT DAN PERUNDANGAN

Image
OBJEKTIF BAHAGIAN / UNIT


Objektif  Unit Penyiasatan dan Pendakwaan
Unit Penyiasatan dan Pendakwaan akan mengambil tindakan ke atas semua perlanggaran di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985, Akta Permusnahan Serangga Pembawa penyakit 1975 dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.


AKTIVITI UNIT PENYIASATAN DAN PENDAKWAAN
Pemeriksaan & penutupan premis makanan.Rampasan atau penyitaan makananPenguatkuasaan kawalan hasil dan tembakauPemeriksaan dan penutupan tapak binaan
AKTIVITIPERATURAN PENTADBIRANMerancang,menyelaras dan menjalankan operasi bersepaduSurat bantuan polis perlu dimohon selewat-lewatnya sehari sebelum operasi.Menyediakan fail siasatan terhadap semua kesalahan yang dilakukan di bawah Akta Makanan, APSPP, dan APPPBKertas siasatan perlu disediakan selepas 30 hari tamat bayaran kompaun APSPP.Kertas siasatan perlu disediakan selepas 30 hari dari notis kesalahan di bawah seksyen 32B Akta Makanan dikeluarkan.Kertas siasatan bagi pe…

UNIT PENDIDIKAN KESIHATAN

Image
MISI BAHAGIAN / UNIT
Untuk menanam minat dikalangan masyarakat terhadap kepentingan kesihatanUntuk mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat supaya memeperbaiki taraf kesihatan mereka dan mengambil langkah-langkah pencegahan penyakit.Menetukan arah tingkahlaku dan amalan kesihatan yang diingini dikalangan generasi generasi muda, khususnya murid-murid sekolah.Memperkukuhkan amalan-amalan yang berkaitan kesihatan dengan member input dan nasihat kepada jabatan-jabatan lain yang menjalankan aktiviti secara tidak langsung berkaitan kesihatan.Untuk mementingkan pengawalan-pengawalan penyakit-penyakit yang dirawat di hospital dengan memberi pendidikan pesakit kepada pesakit-pesakit.
VISI


Visi utama pendidkan kesihatan adalah diutamakan kepada pencapaian perubahan sikap dan tabiat untuk tujuan memperbaiki kesihatan individu, keluarga dan masyarakat menerusi usaha-usaha sendiri dan usaha-usaha masyarakat.

OBJEKTIF
Objektif utama promosi kesihatan adalah untuk mempertingkatkan taraf kes…

UNIT BEKALAN AIR DAN KEBERSIHAN ALAM SEKELILING

Image
MISI BAHAGIAN / UNIT
Setiap kakitangan Unit BAKAS daerah di bekalkan dengan ilmu pengetahuan, di dedahkan dengan maklumat yang terkini mengenai kesihatan awam sekeliling.Setiap kakitangan Unit BAKAS daerah perlu peranan dan tanggungjawab yang perlu dilakukan dan dilaksanakan.Setiap projek pembangunan BAKAS yang dirancangkan perlu dilaksanakan mengikut spesifikasi yang ditentukan.Setiap projek pembangunan BAKAS yang dibina dapat digunakan sepenuhnya oleh masyarakat.Setiap projek pembangunan BAKAS yang dibina dapat digunakan sepenuhnya oleh masyarakat.Setiap projek pembangunan BAKAS melibatkan penyertaan masyarakat.Melahirkan masyarakat yang tahu nilai erti kesihatan alam sekeliling.Meningkatkan lagi tahap kesihatan dan ekonomi masyarakat am nya.
VISI BAHAGIAN / UNIT
Merancang,melaksana ,memantau dan menyelaras program kesihatan yang berbentuk pencegahan, melalui penerapan prinsip-prinsip dan kaedah kejuruteraan kesihatan alam sekitar.Memperbaiki kesihatan alam sekitar kawasan luar Ba…