Thursday, 25 August 2011

TEATER




 AKU ANAK TEATER??




Mula-mula dulu aku hanya jadi pelakon tambahan.. huhu... dalam DRAMA FEST untuk MINGGU BAHASA MRSM ZON UTARA di MRSM KULIM... pegang watak bapa kepada MAHSURI.. tajuk citer tu pun "MAHSURI".. huhu... tapi DRAMA ni dalam ENGLISH..masa tu memang tak layak kot jadi hero...hahahahaha....





Tapi apa maksud DRAMA??


Menurut kata Akmal M. Roem (http://aamovi.wordpress.com)

Drama berarrti perbuatan, tindakan. Berasal dari bahasa Yunani “draomai” yang berarti berbuat, berlaku, bertindak dan sebagainya. Drama adalah hidup yang dilukiskan dengan gerak. Konflik dari sifat manusia merupakan sumber pokok drama. Dalam bahasa Belanda, drama adalah toneel.

Drama (Yunani Kuno δρμα) adalah satu bentuk karya sastra yang memiliki bagian untuk diperankan oleh aktor. Kosakata ini berasal dari Bahasa Yunani yang berarti “aksi”, “perbuatan”. Drama bisa diwujudkan dengan berbagai media: di atas panggung, film, dan atau televisi. Drama juga terkadang dikombinasikan dengan musik dan tarian, sebagaimana sebuah opera.




Apa pula beza dengan TEATER ek??





Menurut kata Akmal M. Roem (http://aamovi.wordpress.com) lagi..

Secara etimologis : Teater adalah gedung pertunjukan atau auditorium. Dalam arti luas, teater ialah segala tontonan yang dipertunjukkan di depan orang banyak. Teater bisa juga diartikan sebagai drama, kisah hidup dan kehidupan manusia yang diceritakan di atas pentas dengan media : Percakapan, gerak dan laku didasarkan pada naskah yang tertulis ditunjang oleh dekor, musik, nyanyian, tarian, dsb.

Hmm.... satu definisi .. tapi pengalaman dalam bidang teater banyak bermula semasa di UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA KAMPUS KUALA LUMPUR.. di tahun pertama.. ada la pendaftaran kelab.. mula memang ingat tak mahu aktif.. tapi dah kena daftar.. masuk la beberapa kelab.. (kelab lain tak nak sebut... malu.. haha).. antaranya adalah KELAB SENI WARISAN...masa itu ada FESTIVAL TEATER UKM 2003...jadi kelab ni buat la CASTING untuk cari pelakon tambahan (asyik asyik jadi pelakon tambahan)... jadi aku pun datang la bersama beberapa orang di bilik rahsia (library KOLEJ TUN SYED NASIR)

Masa tu tengok akak-"akak" dan abang-"abang" senior memang mantap mantap la... sorang sorang kena audition (lebih kepada sessi berkenalan dalam membuli..huhu)... semuanya dibawah kendalian PUAN FATIMAH HANI HASSAN@KAK TIM.. hahahahaha...aku dengan semangat nyanyi lagu BELAIAN JIWA oleh INUENDO (sebab lagu tu je senang.. tak kantoi sangat)... tapi tak dapat sebarang watak... Namunnnnnnnnnnnn (ayat famous dalam teater kalau nak bagi suspen) aku join gak team sebagai AJK PROPS di bawah tunjuk ajar ABANG SHAH.. hahahahaha.....jangan tak tahu ek... team DANG WIJA menang JOHAN, PENGARAH TERBAIK, PELAKON WANITA TERBAIK DAN PELAKON HARAPAN... tahniah.... masa tu sangat gembira....bangga aku join kelab ni...


DEKON... apa pula yer??


Dalam blog Laungan Lelabah Hitam ada memberi definisi dekon.

Dekon – singkatan dari deklamasi dan lakon, suatu cara penghayatan seni melalui pengungkapan deklamasi dan berlakon – menekankan pergerakan di pentas sewaktu menyampaikan puisi/bercerita lewat watak utamanya. Sebuah monolog adalah gaya bercerita oleh tokoh tentang dirinya, peristiwa atau kejadian yang dialami atau dilaluinya diungkapkan dengan aksi, pergerakan dan bercakap seorang diri. Tokoh memulakan kejadian dengan segala macam tuntutan segala unsur cerita, segala kejutan, segala puncak kejadian dan penyelesaian cerita. Semua berlaku oleh seorang saja tokoh. Monolog, berlakon secara sendirian boleh setengah jam atau sepanjang lebih dari satu jam pertunjukan.


Waktu dulu memang tak tahu sepatah apa pun... masa tengah melalak wat props dengan Omar, Abang Shah, Kak Efni & the geng, rupanya ada orang perhati.. sedar tak sedar dilamar menjadi pelakon utama untuk PERTANDINGAN KREATIVITI SENI PENTAS PESTA KONVOKESYEN 2004...masa tu semester 2 tahun pertama.. huhuhu.... aku pegang watak PENGHULU NANING... wah.. sangat HERO....tema adalah PEJUANG KEMERDEKAAN..dalam tu ada TIGA (3) orang je pelakon.. aku sebagai WATAK UTAMA, sham sebagai PENJAJAH dan asmahani sebagai BINI aku.. hahaha...skrip dan arahan oleh FARID NURDIN... senior dentistry (walaupun sebenarnya KAK TIM yang mengarah)..dalam latihan suara aku memang mantap.. tapi banyak betul la komen dari senior kata gerak aku tak selaras dengan gaya.. sampai latihan gaya je kena wat sampai subuh dalam bilik squasy... terima kasih la banyak banyak kat KAK ASHA..banyak mengajar gerak gaya....huhu....masa hari pertandingan aku dimekap serba putih dan berpakaian serba putih ibarat patung.. huhu.... ku lontarkan segala yang mampu masa persembahan.. nak tercabut lutut...selesai je persembahan.. rasa lega dan nak tidur jer.. hahaha..akhirnya keputusan dapat TEMPAT KETIGA.... bukan rezeki.. cuba lagi..




MUSICAL DRAMA@DRAMA MUSICAL MULAN





Di KTSN ni ada juga kelab muzikal..aku dah join tapi terlalu banyak ca ya nun alif jadi fokus la pada KELAB SENI WARISAN...masa tu kak yvone offer untuk jadi pelakon tambahan (uiks.. turun pangkat).. masa tu pegang sebagai askar yang lurus bendul (boleh gak aku pegang watak askar)... nama pun MUSICAL DRAMA.. kena la menjerit dialog yang hanya sebaris ayat dalam ENGLISH..tapi muka mekap memang cam ca ya nun alif.. dah nama pun cerita "MULAN"...seronok gak la walaupun pegang watak extra.. hahahaha...




TEATER KONVO???





Inilah masa mula mula aku ditawarkan menjadi seorang pengarah (wow.. naik pangkat)..dalam masa yang sama aku adalah EXCO LAKONAN KELAB SENI WARISAN.. tampuk pemerintahan masih di bawah KAK TIM...huhu... PERTANDINGAN SENI KREATIVITI SENI PENTAS TEATER PESTA KONVOKESYEN 2005 atau lebih dikenali TEATER KONVO.. nama dia jer teater tapi masa persembahan hanyalah 15 minit... masa tu pening la nak cari bahan nak wat skrip.. tema diberi adalah GABUNGAN FILEM FILEM TEMPATAN....masa tu kelam kabut juga mencari bahan untuk skrip.. baru kali pertama nak buat..huhu..masa tu filem PONTIANAK HARUM SUNDAL MALAM memang tengah meletup...aku pun menggabungkan cerita PONTIANAK HARUM SUNDAL MALAM dengan BULI...lalu terhasillah cerita PONTIANAK, BULI dan dot dot dot.....masa buat skrip aku dengan semangan minta tolong ISKANDAR cari VCD PONTIANAK HARUM SUNDAL MALAM dan BULI...nasib baik la dekat je UKM KL ngan chow kit.. gi jalan kaki jer...dah siap siap hantar la kat KAK TIM bagi tujuan PEMURNIAN (vetting).. banyak la juga kesilapan.. macam CIKGU BM lak tanda karangan.. hahaha.. pas betulkan.. mula la buat mesyuarat untuk melantik EXCO...huhu... dah lantik exco bermulalah CASTING pelakon pelakon.. dalam mesyuarat semua dah berpakat TEATER KONVO akan disertai oleh semua junior tahun pertama...jadi semua dikumpulkan dalam dewan...kelakar gak tengok muka dak junior.. cuak jer...hahaha.. macam aku juga dulu...cuma masa junior ni.. banyak juga la bakat bakat baru..

Jadi dicungkillah bakat-bakat mereka dengan Khairiah@khai sebagai Meriam, Hariif @arep sebagai Marsani, Azmi@bunji sebagai Nordin, Renny Adryani@renny sebagai Pontianak, Sarina sebagai Sitam, Intan sebagai Laila, Nasrun@Asun sebagai Syaf, Balqis sebagai Maria, Izham sebagai penjahat 1 dan Hasrol sebagai penjahat 2. Masa tu sangat berpuas hati la dengan semangat oleh semua junior KELAB SENI WARISAN..praktis hari hari sampai tengah malam... sebab ada masa kurang sebulan jer...masa tu semua exco patut diberi pujian dengan komitmen yang sangat tinggi...sampai la ke hari pertandingan.. semua dengan penuh berkobar menanti saat persembahan...KTSN akan berentap untuk merangkul kejuaraan. selaku kumpulan keempat yang akan bertanding, semua dah berdebar bila melihat kumpulan lain sudah habis persembahan... pelakon semua diberi semangat sejurus sebelum naik..masa persembahan.. semua berjalan lancar.. aku hampir menangis juga la sebab terharu dengan persembahan junior... i TABIK U OLS.. hahahaha..setelah habis 15 minit.. aku berlari ke belakang pentas dapatkan my team.. amasa tu rasa macam dah menang dah.. tak hirau dah pasal lain.. janji puas hati.. huhu...siap bersorak bagai belakang pentas.. saat diumumkan keputusan..aku menang SKRIP TERBAIK.. masa tu senior dah ucapkan tahniah dah.. aku pun duk atas pentas.. tempat ketiga diumum.. bukan KTSN,, tempat kedua diumum.. pun bukan KTSN..tgk kat depan penyokong KTSN dan lompat kegembiraan.. aku plak blur dan masih menanti keputusan.. JOHAN PERTANDINGAN SENI KREATIVITI SENI PENTAS TEATER PESTA KONVOKESYEN 2005 JATUH KEPADA.. KOLEJ TUN SYE NASIR.. aku terkejut.. waaaaaaa.. aku menang.. aku menang.. eh.. pasukan aku menang.. yeay.. berjaya... memang terharu gila la masa dapat anugerah...wahahahahaha... KEJAYAAN PERTAMA...





TEATER AMAL SITI DI ALAM FANTASI




Teater adalah tempat persembahan - persembahan kesenian yang dilakonkan di hadapan penonton secara langsung menggunakan kombinasi pertuturan, gerak isyarat, muzik, tarian, bunyi dan sebagainya. Terdapat pelbagai jenis persembahan teater, antaranya ialah: opera, balet, pantomim dan wayang kulit. selain itu, menurut Prof. Datin. Dr. Rahmah Hj Bujang dalam bukunya yang berjudul Glosari Kesenian Melayu pula ialah teater adalah sebarang perlakuan kisah atau cerita dalam satu kawasan yang ditentukan sebagai pentas untuk perlakuannya dan menuntut pergerakan fizikal; dengan mempunyai komponen aksi dan reaksi para pelaku, iaitu para pelakon, dan pemerhati, iaitu audiens atau penontonnya.









MAHARANI


tahun 2005.... suatu malam.. aku menerima tawaran daripada MOHAMAD HARIFF AHAMAT..masa tu dia macam serabut jer... nak minta tolong.. edit skrip... untuk FESTIVAL TEATER UKM 2005.. masa tu mula malas sebab fikir semester tu nak fokus pada pelajaran..dan nak rehat.. memang fikir nak lepas tanggungjawab untuk mengarah teater pada junior.. jadi aku menolak dengan cara yang baik..

mulanya ingatkan dia boleh.. rupanya pada minggu berikutnya plak dak tu datang lagi.. kali merayu.. (proses merayu tak perlu dijelaskan di sini.. hahahaha)... last last aku pun terima la.. masa tu nak kena siapkan skrip awal.. sebab tinggal tak sampai sebulan.. memang kepala pun takde idea... nasib baik la idea asal dah ditulis.. tapi semuanya idea mentah.. agak berterabur jalan cerita yang ku dapat..namun dari idea asal KAK TIM tu la.. aku mula mengolah menjadi TEATER MAHARANI...cerita selanjutnya akan aku terangkan dalam entri MAHARANI..namun.. hasilnya... tengoklah..huhuhuhu....











SARJAN OH SARJAN


tahun 2006 menyaksikan aku menurunkan ilmu kepada pengarah baru...NURHIDAYAH....dengan bimbingan aku.. aku cuba mencari bakat baru...sebab aku pun bukan selamanya belajar di UKM... jadi aku pun serahkan tugas pengarah kepada beliau.. jadi skrip ditulis oleh IZHAM.. pada masa itu.. teater konvo menyatakan tema adalah TEATER MUZIKAL DAN PERJUANGAN MENENTANG PENJAJAHAN..

adoi.. lemah otak nak fikir.. camne ni ek.. masa tu berhempas pulak juga la cari bahan.. namun.. dengan adanya pasukan yang sangat mantap dari KTSN, memang takde perasaan gentar pun..kami memberi shabis baik dan lagi sekali.. hasilnya amat menakjubkan.. walaupun bukan johan tapi tempat ketiga pun menyatakan bahawa pasukan dari KTSN bukan lawan yang lemah.. huhu....









TEATER AMAL MAWAR MERAH




tahun 2006... menyaksikan aku sepenuhnya menyerahkan tugas pengarah kepada NURHIDAYAH... dengan bantuan IZHAM dan AZMI.. aku rasa tugas aku hampir selesai.. melihat ini adalah teater terakhir di UKM... walaupun aku tidak terlibat secara langsung.. aku bertindak sebagai penasihat.. dari skrip ke teknikal.. aku membantiu sedaya upaya..dan aku rasa sangat bangga dengan pasukat TEATER di KTSN... memang agak terharu dengan semangat dan minat yang menggunung untuk memartabatkan seni teater....dan ini adalah penangan terakhir dari aku....TEATER AMAL MAWAR MERAH..














-END-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Winnie The Pooh