Monday, 21 November 2011

SELALU DENGANMU

 
SHAZLEE + SHAHREEN + LEENDA + FIRDAUS = BEST FRIEND FOREVER


rindu sangat pada kamu semua....
so, malam ni lagu ini ditujukan khas buat kalian... 
huhuhu...





Selalu Denganmu - Tompi

adakah waktu yg tak berbatas
untukku merasa bahagia
saat-saat aku jatuh cinta
saat ku terbang jauh ke sana

(reff)

selalu denganmu
kasihku selamanya
selalu denganmu
cintaku bersama

kaulah matahari dalam hidupku

dan kaulah cahaya bulan di malamku
hadirmu selalu akan ku tunggu
cintamu selalu akan ku rindu

(ulang reff)

   tahukah kau diriku
   tak sanggup hidup
   bila kau jauh dariku
   ku ingin di pelukmu selalu
 
hadirmu selalu akan ku tunggu
cintamu selalu akan ku rindu
dan tiada lagi batas ruang waktu

   tahukah kau diriku
   tak sanggup hidup
   bila kau jauh dariku

   ku ingin di pelukmu selalu
   oh tuhan tetapkan rasa cintaku ini
   hanya untukmu
   selalu setia selama-lamanya

   tahukah kau diriku
   tak sanggup hidup
   bila kau jauh dariku
 
 
 
 
 

 
(bahagianya rasa kalau ada orang sanggup mainkan lagu ini untuk aku)



-END-

UNIT KESIHATAN PEKERJAAN DAN ALAM SEKITAR



OBJEKTIF BAHAGIAN / UNIT


OBJEKTIF AM
  • Untuk meningkatkan dan mengekalkan keadaan kesihatan Fizikal, Mental dan Sosial anggota kesihatan daerah Pendang pada tahap optimum.

OBJEKTIF KHUSUS
  • Untuk mengekalkan persekitaran, proses dan amalan pekerjaan yang sihat, selamat dan mencegah masalah kesihatan yang mungkin berlaku akibat pekerjaan atau persekitarannya.
  • Untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran mengenai kesihatan dan keselamatan pekerjaan di kalangan majikan, pekerja dan pelanggan.
  • Untuk meningkatkan tahap kesihatan, keselamatan dan kebajikan anggota melalui aktiviti pencegahan dan pengawalan penyakit di tempat kerja.
  • Meningkatkan kualiti dan produktiviti melalui peningkatan taraf kesihatan, keselamatan dan kebajikan anggota.


STRATEGI BAHAGIAN / UNIT
  • Integrasi program kesihatan pekerjaan di peringkat penjagaan kesihatan primer
  • Latihan kepada anggota berkaitan kesihatan pekerjaan
  • Pengukuhan rangkaian pemantauan epidemiologi penyakit pekerjaan termasuk keracunan kimia dan pestisid
  • Mempromosikan kesihatan pekerjaan dan kesihatan di tempat kerja
  • Pengukuhan kerjasama dan koordinasi aktiviti antara sektor/jabatan/agensi

SENARAI TUGAS PENGURUSAN DATA KPAS

  • Memantau, mengawasi, menerima, mengumpul dan menyusun data-data dan maklumat berkaitan KPAS
  • Membantu dalam menganalisa data KPAS
  • Menyedia laporan mingguan, bulanan dan menghantar ke Unit KPAS JKN


PENGUATKUASAAN KPAS

  • Menjalankan penguatkuasaan keatas premis–premis perkilangan mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 bersama–sama dengan pegawai dari Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan


Penyiasatan Aduan / Insiden kejadian Penyakit KPAS
  • Menyiasat insiden kemalangan, keracunan dan penyakit pekerjaan
  • Menyiasat aduan berkaitan Kesihatan Pekerjaan Dan Alam Sekitar
  • Menyiasat aduan kacau ganggu
  • Mengendali, menjaga, mengurus dan kalibrasi alat–alat pemonitoran Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar
  • Bersama-sama JKKP dalam penyiasatan penyakit berkaitan pekerjaan dan alam sekitar



Pemeriksaan Premis dan Kajian Impak Kesihatan Alam Sekitar (EHIA)
  • Menjalankan pemeriksaan bagi tapak – tapak dan premis berikut :
  1. Pemeriksaan premis bagi pengeluaran lesen makhluk perosak
  2. Pemeriksaan mengenalpasti hazad
  3. Pemeriksaan rumah–rumah kongsi pekerja
  4. Pemeriksaan Tapak Pelupusan sampah dan sisa Pepejal
  5. Pemeriksaan TASKA, Pusat Jagaan kanak–kanak
  6. Pemeriksaan Pasar, Taman Permainan, Rumah Kediaman
  7. Menjalankan Audit Keselamatan Dalaman di kemudahan kesihatan
  8. Menyiasat kejadian kes “Pembakaran Terbuka” serta menghantar laporan ke Jabatan Alam Sekitar



UNIT KAWALAN PENYAKIT BAWAAN VEKTOR


OBJEKTIF BAHAGIAN /UNIT


OBJEKTIF AM
  • Mengurangkan kadar kejadian (morbiditi) dan kadar kematian  (mortaliti) akibat kejadian penyakit bawaan vektor supaya tidak menjadi masalah kesihatan umum.
  • Mencegah kemasukan penyakit bawaan vektor exotik ke Malaysia.
 
OBJEKTIF KHUSUS
  • Menjalankan surveilance ke atas penyakit–penyakit bawaan vektor.
  • Menjalankan siasatan epidemiologi bagi menentukan tahap rebakan dan punca jangkitan penyakit.
  • Menjalankan rawatan yang tepat dan radikal.
  • Menjalankan kawalan vektor yang berkesan.
  • Menjalankan kawalan terhadap penyakit bawaan vektor.
  • Mengadakan satu sistem lapuran dan maklumbalas yang cepat.
  • Memberi latihan dan pendidikan kepada kakitangan dan orang Awam


PERANAN BAHAGIAN / UNIT


1.     Mengatur dan menyelaras kerja – kerja kawalan.
  • Kerja–kerja pengurangan tempat pembiakan aedes.
  • Kerja–kerja semburan asap.
2.    Mengatur dan menyelaras kerja–kerja kawalan malaria.
  • Menjalankan siasatan kes.
  • Pengambilan dan pengumpulan slaid darah
3.  Menyiasat semua kes penyakit bawaan vektor dan mengambil tindakan kawalan supaya penyakit 
     tidak merebak.

4.  Penguatkuasaan undang–undang Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975. 

5.  Mengatur dan menjalankan aktiviti pendidikan kesihatan kepada orang ramai. 

6. Penyeliaan dan pengawasan kakitangan bawahan supaya kerja dapat dijalankan dengan licin, teratur, 
    menyeluruh dan berkesan.


     
          


UNIT KAWALAN MUTU AIR MINUMAN

OBJEKTIF BAHAGIAN / UNIT
  • Memastikan mutu air minum yang dibekalkan kepada penduduk adalah bermutu dan selamat serta mematuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini adalah bertujuan untuk melindungi pengguna daripada ancaman penyakit-penyakit bawaan air akibat meminum air yang tercemar dan tidak bersih.
  • Memastikan mutu air yang dibekalkan kepada penduduk ladang/lombong adalah bermutu dan selamat diminum serta mematuhi piawai yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini adalah bertujuan untuk melindungi pengguna daripada mendapat ancaman penyakit-penyakit bawaan air akibat meminum air yang tercemar dan tidak bersih.


PERANAN BAHAGIAN / UNIT
  • Menyediakan Program Tahunan aktiviti percontohan air yang dibekalkan oleh JKR.
  • Menjalankan aktiviti-aktiviti percontohan setiap minggu mengikut jadual/program yang telah disediakan.
  • Menjalankan analisa makmal bagi sampel-sampel air bagi bekalan air KKM di makmal KMAM
  • Menjalankan kajian kebersihan kawasan tadahan, loji dan sistem retikulasi serta ladang-ladang.
  • Menyediakan laporan-laporan bulanan, suku tahun dan tahunan seperti yang dikehendaki oleh ketua unit, ketua jabatan, unit kejuruteraan dan Kementerian Kesihatan
 
 





 

UNIT PENYIASATAN DAN PERUNDANGAN



OBJEKTIF BAHAGIAN / UNIT


Objektif  Unit Penyiasatan dan Pendakwaan
Unit Penyiasatan dan Pendakwaan akan mengambil tindakan ke atas semua perlanggaran di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985, Akta Permusnahan Serangga Pembawa penyakit 1975 dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.


AKTIVITI UNIT PENYIASATAN DAN PENDAKWAAN
  1. Pemeriksaan & penutupan premis makanan.
  2. Rampasan atau penyitaan makanan
  3. Penguatkuasaan kawalan hasil dan tembakau
  4. Pemeriksaan dan penutupan tapak binaan

AKTIVITI
PERATURAN PENTADBIRAN
Merancang,menyelaras dan menjalankan operasi bersepadu
  1. Surat bantuan polis perlu dimohon selewat-lewatnya sehari sebelum operasi.
Menyediakan fail siasatan terhadap semua kesalahan yang dilakukan di bawah Akta Makanan, APSPP, dan APPPB
  1. Kertas siasatan perlu disediakan selepas 30 hari tamat bayaran kompaun APSPP.
  2. Kertas siasatan perlu disediakan selepas 30 hari dari notis kesalahan di bawah seksyen 32B Akta Makanan dikeluarkan.
  3. Kertas siasatan bagi pelanggaran makanan perlu disediakan dalam masa 30 hari dari tarikh terima keputusan sampel makanan.
Mendaftarkan fail siasatan yang dibuka ke Unit Inspektorat dan Perundangan Negeri untuk semakan dan mendapatkan izin Timbalan Pendakwa Raya untuk Pendakwaan.
  1. Kertas siasatan perlu dihantar ke Unit Inspektorat dan Perundangan Negeri untuk disemak sebelum mendapat izin pendakwaan daripada Timbalan Pendakwa Raya.
Mendaftarkan fail siasatan yang telah mendapat izin pendakwaan daripada Timbalan Pendakwa Raya ke Mahkamah.
  1. Fail siasatan untuk perlanggaran makanan perlu didaftar di mahkamah dalam masa 150 hari dari tarikh sampel makanan diambil.
  2. Fail siasatn perlu didaftar ke mahkamah dalam tempoh sebulan selepas Timbalan Pendakwa Raya member izin pendakwaan.
Menyelia penyerahan saman yang dikeluarkan oleh mahkamah kepada Orang Kena Saman (OKS)
  1. Saman perlu diserahkan kepada Orang Kena Saman sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh sebutan di mahkamah.
  2. Saman perlu diserahkan kepada orang dewasa.
Mengumpul reten dan data penguatkuasaan peringkat daerah.
  1. Maklumat perlu diperolehi daripada Unit Vektor, Unit keselamatan & Kualiti makanan Dan Unit kawalan Penyakit untuk diselaraskan.
  2. Reten perlu dihantar sebelum 7hb setiap bulan.


SENARAI UNDANG-UNDANG / PERATURAN-PERATURAN YANG DI GUNA PAKAI
  1. Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985.
  2. Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 dan pindaan (2000)
  3. Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988
  4. Peraturan-peraturan kawalan Hasil Tembakau 2004
  5. Garis Panduan di bawah Akta makanan 1983.
  6. Garis Panduan Penguatkuasaan di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP 1975)
  7. Garis Panduan Penyediaan Afidavit Saman Yang Gagal di Serahkan.


UNIT PENDIDIKAN KESIHATAN

MISI BAHAGIAN / UNIT
  • Untuk menanam minat dikalangan masyarakat terhadap kepentingan kesihatan
  • Untuk mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat supaya memeperbaiki taraf kesihatan mereka dan mengambil langkah-langkah pencegahan penyakit.
  • Menetukan arah tingkahlaku dan amalan kesihatan yang diingini dikalangan generasi generasi muda, khususnya murid-murid sekolah.
  • Memperkukuhkan amalan-amalan yang berkaitan kesihatan dengan member input dan nasihat kepada jabatan-jabatan lain yang menjalankan aktiviti secara tidak langsung berkaitan kesihatan.
  • Untuk mementingkan pengawalan-pengawalan penyakit-penyakit yang dirawat di hospital dengan memberi pendidikan pesakit kepada pesakit-pesakit.

VISI


Visi utama pendidkan kesihatan adalah diutamakan kepada pencapaian perubahan sikap dan tabiat untuk tujuan memperbaiki kesihatan individu, keluarga dan masyarakat menerusi usaha-usaha sendiri dan usaha-usaha masyarakat.
 
OBJEKTIF
  • Objektif utama promosi kesihatan adalah untuk mempertingkatkan taraf kesihatan dan kualiti kehidupan individu, keluarga dan komuniti menerusi aktiviti-aktiviti promosi kesihatan yang komprehensif. Ini boleh dicapai dengan:
    • Mewujudkan satu masyarakat yang menghargai kesihatan
    • Memperkasa individu, keluarga dan komuniti supaya mereka dapat bertindak terhadap factor-faktor  yang mempengaruhi kesihatan mereka.

STRATEGI


Di dalam melaksanakan dan mencapai aktiviti-aktiviti promosi kesihatan, strategi yang digunakan member penekanan kepada:
  • Membentuk polisi awam yang sihat
  • Mewujudkan persekitaran yang sihat
  • Membentuk kemahiran kesihatan peribadi
  • Memperkukuhkan tindakan masyarakat
  • Menyusun semula aktiviti pendidikan kesihatan




 


UNIT BEKALAN AIR DAN KEBERSIHAN ALAM SEKELILING



MISI BAHAGIAN / UNIT
  • Setiap kakitangan Unit BAKAS daerah di bekalkan dengan ilmu pengetahuan, di dedahkan dengan maklumat yang terkini mengenai kesihatan awam sekeliling.
  • Setiap kakitangan Unit BAKAS daerah perlu peranan dan tanggungjawab yang perlu dilakukan dan dilaksanakan.
  • Setiap projek pembangunan BAKAS yang dirancangkan perlu dilaksanakan mengikut spesifikasi yang ditentukan.
  • Setiap projek pembangunan BAKAS yang dibina dapat digunakan sepenuhnya oleh masyarakat.
  • Setiap projek pembangunan BAKAS yang dibina dapat digunakan sepenuhnya oleh masyarakat.
  • Setiap projek pembangunan BAKAS melibatkan penyertaan masyarakat.
  • Melahirkan masyarakat yang tahu nilai erti kesihatan alam sekeliling.
  • Meningkatkan lagi tahap kesihatan dan ekonomi masyarakat am nya.

VISI BAHAGIAN / UNIT
  • Merancang,melaksana ,memantau dan menyelaras program kesihatan yang berbentuk pencegahan, melalui penerapan prinsip-prinsip dan kaedah kejuruteraan kesihatan alam sekitar.
  • Memperbaiki kesihatan alam sekitar kawasan luar Bandar dan mengurangkan kejadian penyakit bawaan air.
  • Memastikan semua penduduk kawasan bandar atau luar Bandar mendapat bekalan air yang mencukupi dan selamat untuk digunakan.
  • Menetukan kesihatan alam sekitar dipelihara melalui pengurusan sempurna sisa pepejal, sisa klinikal dan sisa toksid.
  • Melindungi kesihatan orang awam melalui perancangan,rekabentuk,perlaksanaan,operasi dan penyelenggaraan system air kumbahan yang sempurna.
  • Mewujudkan suasana yang segar dan selesa melalui persekitaran alam sekitar yang teratur lagi sempurna.

    PROGRAM PERLAKSANAAN DIBAWAH KEBERSIHAN ALAM SEKELILING
    • Semenjak tahun 1974 program BAKAS (Bekalan Air Dan Kebersihan Alam sekeliling) telah diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia melalui bahagian kejuruteraan.
    • Objektif program BAKAS ini untuk mencegah dari berlaku sebarang kejadian penyakit berjangkit dari keadaan alam sekeliling yang tidak sempurna terutamanya di kawasan luar Bandar.
    • Kementerian Keishatan telah menggariskan empat perkara yang perlu ditumpukan bagi menjamin kesejahteraan masyarakat luar Bandar melalui kemudahan asas.
    • Empat elemen tersebut ialah:
      • Kemudahan pelupusan sisa pembetungan
      • Kemudahan bekalan air selamat
      • Kemudahan pelupusan air perlimbahan
      • Kemudahan pelupusan sisa pepejal
    • “PROGRAM PEKA”(Program Perlindungan Alam Sekeliling)
      • Pengurusan tapak pelupusan sampah
      • Pengurusan kualiti udara
      • Pengurusan kualiti system pembetungan
      • Pengurusan kualiti bunyi
    • Perkhidmatan yang diberikan dalam bentuk projek.Penglibatan masyarakat dalam bentuk gotong-royong adalah digalakkan.




      UNIT KAWALAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT





      MISI BAHAGIAN / UNIT


      Untuk menyediakan promosi kesihatan yang mencukupi dan berkesan,mengesan awal factor risiko penyakit, menyediakan rawatan awal dan optima serta menyediakan rehabilitasi penyakit tidak berjangkit di semua peringkat fasiliti kesihatan.

      OBJEKTIF BAHAGIAN / UNIT
      • Membentuk strategi, pelan tindakan dan keperluan sumber bagi perlaksanaan program-program pencegahan dan pengawalan penyakit tidak berjangkit bagi mengurangkan morbidity dan mortality penyakit tidak berjangkit supaya tidak lagi menjadi satu masalah umum.
      • Menaikkan taraf kesihatan penduduk melalui pencegahan dan kawalan penyakit-penyakit tidak berjangkit yang berkesan.
      • Meningkatkan kualiti kerja anggota kesihatan dan prasarana pemberian perkhidmatan kesihatan di semua kemudahan kesihatan kerajaan.
      • Mewujudkan sistem pemantauan yang berkesan untuk menilai keberkesanan pelaksanaan pelan tindakan program-program di semua peringkat kemudahan kesihatan dan supaya maklumat yang diperolehi berupaya di gunakan untuk membentuk pelan tindakan negeri yang lebih efektif dan efisyen dimasa akan dating.
      • Memastikan aktiviti penambahbaikkan program-program dilaksanakan di semua peringkat bagi meningkatkan kualiti program.


      UNIT KAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT


      MISI BAHAGIAN / UNIT


      Melaksanakan program-program pemantaun,pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit dengan penuh teliti,menyeluruh,bersepadu dan berkesan dengan melibatkan penglibatan sama masyarakat,agensi-agensi kerajaan dan swasta serta badan bukan kerajaan.


      VISI BAHAGIAN / UNIT


      Ke arah mendidik dan melahirkan individu, keluaraga dan masyarakat sihat sejahtera bagi menikmati kehidupan yang berkualiti.


      OBJEKTIF BAHAGIAN / UNIT

      OBJEKTIF AM


      Adalah untuk memutuskan semua tali jangkitan penyakit-penyakit yang berjangkit samaada melalui  makanan/minuman, udara, sentuhan dan sebagainya secara menyeluruh dengan menjalankan penyiasatan serta pengesanan punca jangkitan dan seterusnya mengambil langkah-langkah pencegahan dan tindakan perlu bagi mengawal dari merebaknya kejadian penyakit tersebut supaya tidak menimbulkan masalah kesihatan umum.


      OBJEKTIF KHUSUS
      • Untuk mengurangkan ‘endimity’ (kejadian) kes penyakit berjangkit ke suatu tahap paling minima.
      • Mengurangkan kekerapan dan jangkamasa wabak kes penyakit.
      • Meningkatkan pengetahuan masyarakat mengenai kejadian sesuatu penyakit berjangkit dan bagaimana cara-cara untuk mencegahnya melalui program pendidikan kesihatan.
      Strategi Program
      • Mengukuhkan system pengawasan kes penyakit berjangkit yang ada sekarang.
      • Mewujudkan teknik pengawalan dan pencegahan yang sesuai.
      • Menentukan integrasi yang lebih berkesan di dalam pengawalan penyakit berjangkit di kalangan perkhidmatan kesihatan.
      • Mengenal pasti dan menggunakan teknologi pengawalan baru.

      AKTIVITI YANG DI JALANKAN OLEH UNIT KAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT

      1. Pemantaun Penyakit  Berjangkit
      • Melalui notifikasi kejadian penyakit berjangkit yang di wajibkan oleh Akta Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit 1988.
      • Melalui notofikasi secara sindromik (notifikasi berdasarkan prsentasi klinikal)
        • Acute Neurological  Syndrome
        • Acute Dermatological Diarheal Syndrome
        • Acute Haermorrhagic Fever Syndrome
        • Acute Dermatological Syndrome
        • Acute Jaundice Syndrome
        • Acute Respiratory Syndrome
        • ‘Event Based’ survelan
         
             2.  Kawalan  dan siasatan penyakit berjangkit dan wabak:

      • Penyakit Bawaan Air Dan Makanan (Food Waterbond Desease)
      • Penyakit akibat Imunisasi (Immunisasion Deseases)
      • Lain-lain penyakit yang berkaitan
        

           3. Pencegahan Penyakit Berjangkit

      • Semburan Lysol di premis yang disyaki sebagai punca perebakan penyakit berjangkit
      • Aktiviti promosi kesihatan
        • Pameran
        • Ceramah
        • Pemasangan banner
        • Edaran risalah
        • Pamplet
        • Hebahan dan sebagainya





      UNIT KUALITI DAN KESELAMATAN MAKANAN




      MISI BAHAGIAN / UNIT

      Memastikan makanan yang dibekalkan kepada pengguna adalah selamat dan berkualiti serta melindungi pengguna daripada penipuan terhadap makanan yang dimakan dan dibeli oleh mereka.


      VISI BAHAGIAN / UNIT


      Memastikan keselamatan makanan dan mempertingkatkan integriti Negara dalam keselamatan dan kualiti makanan melalui tanggungjawab dan akuantabiliti bersama berasaskan system pengurusan “tripartite” yang berkesan ke arah wawasan 2020.


      OBJEKTIF BAHAGIAN / UNIT


      OBJEKTIF AM

      Memastikan makanan dan minuman adalah selamat dan mematuhi piawaian yang telah ditetapkan didalam akta makanan 1983 dan peraturan-peraturan makanan 1985.

      OBJEKTIF KHUSUS
      1. Memastikan makanan yang dijual dalam Negara mematuhi piawaian yang ditetapkan dan diperolehi oleh pengguna dalam keadaan yang bebas dari kontaminasi, penyingkiran atau penambahan atau tidak diperlukan.
      2. Memastikan dan meningkatkan taraf kebersihan makanan serta sanitasi premis makanan diseluruh Negara.
      3. Memastikan pengendali makanan mengamalkan tabiat dan tatacara pengendalain makanan yang sanitasi.
      4. Menggalakkan cara-cara penyediaan dan pemprosesan makanan yang sanitasi di seluruh Negara.
      5. Memastikan makanan yang dieksport mematuhi piawaian kebersihan dan sanitasi yang spesifik dan melindungi serta menggalakkan industry makanan yang berkembang sehingga ke luar Negara.
      6. Memastikan makanan yang diimport mematuhi kehendak makanan Akta Makanan 1983 dan Peraturan – Peraturan Makanan 1985.
      7. Memastikan iklan-iklan makanan tidak mengelirukan para pengguna.

      AKTIVITI BAHAGIAN / UNIT
      1. Menjalankan pemeriksaan keatas mana-mana premis makanan mengikut kualitu yang telah ditetapkan dalam pelan tindakan.
      2. Menjalankan operasi penutupan premis.
      3. Membuat persampelan makanan di mana-mana premis makanan mengikut kuantiti seperti dalam pelan tindakan.
      4. Menjalankan operasi rampasan makanan / lak / sita.
      5. Urusan pengeluaran Sijil kesihatan bagi makanan untuk dieksport.
      6. Menjalankan siasatan ke atas kes-kes keracunan.
      7. Memantau dan merancang perlaksanaan Program KENDIRI di sekolah, PLKN dan R & R.
      8. Menjalankan pemeriksaan kilang dan persampelan kilang ais dan air minuman berbungkus (AMB)
      9. Menjalankan siasatan ke atas aduan berkaitan makanan yang dilaporkan.
      10. Menahan konsaimen bermasalh yang diimport kedalam Negara atau “Undertaking”







      Sunday, 20 November 2011

      AKU DAN HINDUSTAN?? APAKAH HUBUNGAN KAMI??



      Phil Bhi Dil Hai Hidustani




      (Sila Klik untuk membolehkan anda menari sebelum membaca..huhu)


       ramai yang mungkin meminati dan ramai juga yang tidak meminati.. tapi bagi aku selagi lagu itu menenangkan fikiran dan dapat menaikkan semangat aku memang akan menjadi piihan.. hahahaha... aku mula meminati cerita hindustan semenjak dari kecil.. mungkin sebab mak dan ayah aku pun peminat hindustan...selalu pun ayah selalu pasang cerita Hindustan..kalau dulu-dulu memang famous dengan keluarga Kapoor...selain itu kegemaran ayah dengan mak adalah AMITABH BACHAN.. hahaha...filem kegemaran pula adalah ZANJEER, KHABI KHABI, SANGGAM dan BOBBY..

      kenapa aku minat hindustan?? sebabnya ada lakonan, nyanyian dan tarian dalam cerita.. bagi aku cerita paling aku suka adalah DEVDAS..sebab dia filem klasik yang memaparkan banyak ciri-ciri kebudayaan...dan pelakonnya adalah pelakon kegemaran aku SHAH RUKH KHAN, AISHWARYA RAI, dan MADHURI DIXIT.. memang semua adalah ikon yang sangat aku minati..huhu. selain diorang aku minat gak antaranya pelakon lelaki seperti AMIR KHAN, HRITHIK ROSHAN, ANIL KAPOOR, ARJUN RAMPAL, ASHOK KUMAR, LUCKY ALI dan banyak lagi.. pelakon perempuan pula KAJOL MUKHERJEE, RANI MUKHERJEE, JUHI CHAWLA, BIPASHA PASU, PREITY ZINTA, KARISHMA KAPOOR, KARENA KAPOOR, LARA DUTTA, AMISHA PATEL, PRIYANKA CHOPRA, SUSHSMITA SEN, dan banyak lagi.. huhuhu...

      walaupun aku minat semenjak dari kecil.. tapi cerita yang mencetuskan kegilaan ramai di Malaysia adalah filem KUCH KUCH HOTA HAI.. diikut oleh DIL TO PAGAL HAI... dan melarat la ke MOHABBATEIN, KHABI KUSHI KABHI GAM, KAL HO NA HO.. nak sebut semua memang payah la..jadi klik je SENARAI FILEM BOLLYWOOD ni.. huhu..

      Kuch Kuch Hota Hai

       
      (lagu yang banyak memberi kenangan semasa di sekolah menengah)


      Koi Mil Gaya - Kuch Kuch Hota Hai

       
      (lagu yang best untuk menari..huhuhu)
       
      Ladki Badi Anjani Hai - Kuch Kuch Hota Hai

       
      (hahaha.. mari menari semua)

      Saajan Ji Ghar Aaye - Kuch Kuch Hota Hai

       
      (mari sambut kemeriahannya..hahahaha)


      itu kalau yang part meriah.. tapi ada juga part sedih.. huhuhu.. boleh menitis air mata tengok.. huhuhu~

      Kuch Kuch Hota Hai

       
      (jap.. nak amik tisu)

      Kal Ho Na Ho

       
      (tangisan dalam kegembiraan)

      Kushiya Aur Gham - Mann

       

      ok ok.. taknak dah nangis nangis k.. kita kembali kepada lagu yang tarian dia memang power...huhu..dulu setiap sabtu mesti ngadap tv tengok cerita hindustan.. huhu. sekarang jarang tengok tv... jadi hanya tengok online je la.. itu sahaja yang mampu..hahahaha..

      Dola Re Dola - Devdas

       
      (antara lagu yang pernah aku persembahkan)

      Maar Dala - Devdas

       

       Chalak Chalak - Devdas

       
      (lalalalalalaa.... adoi... huhuhu...pusing-pusing)

      Chaiyya Chaiyya - Dil Sei

       
      (wah mesti semua tengah menari)

       Aaja Nachle - Aaja Nachlee

       
       (mari menari semua)

       hahahaha.. mesti penat dah goyang badan kan.. hahaha.. walaupun ada banyak lagi nak sumbat.. tapi cukup la sekadar hari ini.. hahaha.. walaupun ada yang kata tengok hindustan ni low class ke.. jiwang ke.. mat bunga ke.. tapi tak semua cerita macam tu.. kadang-kadang memang ada cerita yang merapu.. tapi jangan terlalu menghukum sesuatu perkara tanpa menilainya.. huhu..ok.. apapun terimalah lagu yang menggabungkan kenangan silam kenangan terkini... enjoy your life.. see ya!

      Mujhse Dosti Karoge - Medley Song



      (selesai untuk tarian India)


      -END-

      Sunday, 13 November 2011

      DOA MENGHADAPI PEPERIKSAAN


      Doa untuk peperiksaan



      (Sumber daripada http://www.freewebs.com/alaurad/peperiksaan.htm)






      Peperiksaan tidak perlu ditakuti. Jika segala pesediaan untuk peperiksaan
      telah dibuat. Tiada apa yang perlu dikhuatirkan.
      Berserah kepada Allah, Yakin dan bertawakkal.
      Usaha hak kita, tetapi kejayaan Allah yang kurniakan
      Mulakan setiap usaha dengan Basmallah
      بسم الله الر حمن الر حيم
      Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
      Doa penerang hati
      أَللهُمَّ افْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وَانْشُرْ عَلَيْنَا مِنْ خَزَائِنِ
      رَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
      Ya Allah bukakanlah hikmahMu, dan turunkanlah rahmat dari khazanahMu
      kepada kami, Wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
      - Amalkan setiap kali belajar dan baca ketika berada di bilik peperiksaan. -
      Doa apabila terlupa
      سُبْحَانَ مَنْ لا يَنَامُ وَلايَسْهُو آللهُمَّ ذِكِّرْنِى مَانَسِيْتُ
      Maha Suci Tuhan yang tidak pernah Tidur dan tidak lupa,
      Ya Allah peringatkanlah aku apa yang aku lupa.
      - Salawat ke atas Nabi s.a.w. dan baca doa ini ketika terlupa -
      Doa minta tambah ilmu
      آللهُمَّ انْفَعْنِى بِمَا عَلَّمْتَنِى , وَعَلِّمْنِى مَايَنْفَعُنِى
      وَارْزُقْنِى عِلْمًا يَنْفَعُنِى وَزِدْنِى عِلْمًا
      Ya Allah , jadikan daku berguna untuk masyarakat dengan ilmu
      yang engkau kurniakan kepadaku,
      Dan kurniakanlah daku pengetahuan yang berguna untuk diriku
      serta tambahilah daku ilmu pengetahuan
      - Elok dibaca untuk mendapat ilham bagi menjawab soalan -
      Doa mendapat petunjuk
      رَبَّنَا لا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا
      مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
      Wahai Tuhan kami , janganlah Engkau sesatkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk
      dan berikanlah rahmatMu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi
      -Selalulah memohon kepada Allah agar sentiasa mendapat petunjuk. -
      Doa mudahkan hafalan
       آللهُمَّ ارْزُقْنَا يَا رَبِّ فَهْمَ النَّبِيْيِنَ وَحِفْظَ آلْمُرْسَلِيْنَ
      وَإِلْهَامَ آلْمَلائِكَةَ آلْمُقًرَّبِيْنَ فِى عَافِيَةِ يَااَرْحَنَ آلرٌّاحِمِينِ
      Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul
      dan ilham dari para Malaikat yang menghampiri denganMu
      kurniakanlah kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
      - Amalkan doa ini. Mudah-mudahan Allah memudahkan hafalan. -
      Dipetik daripada : Diari Siswa Islam 93
      Hak Cipta penerbit asal
      DOA-DOA LAIN YANG BERKAITAN
      Doa untuk mengulangkaji
      اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ
      وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ
       اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ
      وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ
      “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi,
       ingatan para rasul dan malaikat terhampir.
      Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu,
      hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu.
      Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”
      Doa setelah selesai mengulangkaji
      اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ
      وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ،
       إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْر
      “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca,
      faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya.
      Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”
      Doa ketika masuk bilik peperiksaan
      وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ
       وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ
       وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا
      “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia,
       serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia;
      dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”
      Doa ketika menerima kertas peperiksaan
      قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي
       وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي
       وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي
       يَفْقَهُوا قَوْلِي.
      “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku.
      Dan mudahkanlah bagiku tugasku.
       Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku,
      supaya mereka faham perkataanku.”
      Doa Nabi Musa a.s.
      Doa memohon dilepaskan dari kesusahan menjawab soalan
      ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ
      “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya.
      Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”
      اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً
      وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْل
      “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya.
       Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”
      Doa ketika terlupa jawapan
      اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ
      اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.
      “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya.
       Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku














      LAST MINUTE STUDY.... ADAKAH SUDAH TERLAMBAT??

       
       
       
      Memang sekejap sahaja masa berlalu.. ESOK SPM!! salah satu peperiksaan epik yang berlaku setiap tahun yang pastinya akan berlaku ramai pejuang yang kecundang dan melahirkan juga pejuang-pejuang yang berjaya. Aku yakin ramai pelajar yang sedang berusaha untuk study last minute untuk cover semula apa-apa yang patut demi SPM kali ini.

       
       
       
      Bagi aku, pada hari-hari terakhir ini para pelajar sewajarnya sudah boleh tersenyum kerana sudah membuat persiapan yang secukupnya. Tapi kita tahu yang mana memang takkan cukup masa untuk persiapan yang rapi dalam sesebuah peperiksaan. Jadi, aku yakin masih ramai yang mengamalkan study last minute. Aku juga salah seorang pelajar yang mengamalkan study last minute. Jadi, aku tahu kebaikan dan keburukannya. Namun, ianya tetap bergantung pada kemampuan seseorang itu untuk menjadikan study last minute begitu berjaya. Tak semua orang berjaya dengan cemerlang dalam SPM setelah membuat study last minute. Bukan tak ada, tetapi jumlahnya agak sedikit berbanding mereka yang telah membuat persiapan sejak dari awal tahun tingkatan 4.


      Apapun, aku cuma nak ucapkan selamat menjawab dengan baik dalam Peperiksaan SPM kali ini dan aku berharap yang terbaik untuk semua pelajar SPM tahun 2011. Semoga korang semua mendapat keputusan yang cemerlang. Bagi pelajar-pelajar aku di  
       
      SMK St. Micheal, SMK Raja Chulan, SMK Dato' Zulkifli Muhammad 
      dan
      PUSAT TUISYEN SINARAN, 
       
      aku yakin korang akan berjaya... Yang penting, kita kena yakin dan buat persiapan yang secukupnya terutamanya dari segi mental. Kalau mental kuat, kita boleh berjaya dalam apa-apa sekalipun di dunia ini.


      Aku dari dulu suka wat study last minute. Habis exam, memang tak ingat langsung dah apa yang aku baca malam sebelumnya. Memang study untuk ingat satu hari ajer..



      FIKIRKAN KAU BOLEH!




       
      (Sila hayati lirik lagu ini... SEMANGAT)


       

      -END-

      TIPS-TIPS MENGHADAPI SPM




      (sila hayati lirik lagu di atas untuk memberi kesan yang lebih maksima..huhu)


      SPM!!!

      bermula 14 November 2011,  calon calon akan mula menduduki SPM. SPM ialah Sijil Pelajaran Malaysia dan kita semua tahu inilah antara salah satu sijil paling laku kat Malaysia nih. Kalau ada SPM, korang dah boleh kerja kat macam-macam tempat samada dalam kerajaan ataupun swasta. Malah, SPM juga menjadi penanda aras untuk para pelajar melanjutkan pelajaran mereka dibidang yang lebih tinggi seperti Matrikulasi, Tingkatan 6, Diploma dan juga yang lain-lain. Yang penting, mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam SPM.
      Di sini aku kongsikan tips belajar untuk para pelajar SPM yang sedang giat menggandakan usaha untuk mendapatkan result yang cemerlang dalam SPM nanti. Mungkin ianya bukan tips yang terbaik dan ini juga apa yang pernah aku lakukan ketika menghadapi peperiksaan penting ini.


      NOTA MAUT!!!!


      Pastikan para pelajar sudah ada nota maut masing-masing. Maksudnya, korang sudah ada sediakan nota-nota penting yang korang boleh ulangkaji pada bila-bila masa. Boleh baca kat dalam kereta, dalam bas dan ketika menunggu bas atau komuter. Pastikan ada nota kecil dalam beg korang. Tak perlu besar atau pun buku yang tebal-tebal. Memadai jika nota itu terisi isi-isi penting yang mempunyai kata-kata kunci yang mampu membuatkan korang ingat apa yang pernah korang belajar sebelum ini. Terutamanya dalam mata pelajaran Biologi, Sejarah, Pendidikan Islam dan lain-lain. Subjek macam ini, memang banyak benda yang kena hafal dan ingat. Alhamdulillah, dapat A1 masa SPM dulu subjek BM,BI, PI, Sejarah, MATH, FIZIK, BIO... Hehe..


      LATIH TUBI



       Oleh kerana waktu dan singkat, pastikan korang buat banyak latih tubi soalan-soalan SPM yang pernah keluar 5 tahun lepas. Jika boleh, 10 tahun lepas. Dah buat semua, ulang semula banyak kali. Ulang latih tubi ni sampai korang rasa buku latihan korang tu dah lebih nipis berbanding ketika korang baru beli. Bagi soalan objektif, ini merupakan salah satu cara yang agak efektif untuk melatih memori korang mengingat soalan dan jawapan. Sampai satu tahap, korang tengok jawapan pun, korang boleh tahu A atau B jawapannya. Tak payah tengok soalan dahh..

       TANYA KAWAN



      Jika korang tak pandai dalam sesuatu topik, tanya kawan korang yang mahir dalam subjek tersebut. Memandangkan masa dah singkat, ini antara satu cara yang paling cepat untuk membuatkan korang faham sesuatu subjek. Terutamanya subjek-subjek yang memerlukan korang faham sesuatu subjek itu dengan lebih mendalam.

      STUDY GROUP



      Buat study group. Jangan ramai-ramai. Biar dalam satu group tu ada dalam 5-6 orang. Kalau terlalu ramai, buat team. Dalam team tersebut, pecahkan kepada beberapa group kecil yang ada 3-4 orang. Ini lebih afdal dan buat presentation untuk sesebuah subtopik bagi sesuatu mata pelajaran. Malah, ini juga boleh bantu korang cover semula subjek tingkatan 4 dan tingkatan 5 tak sampai 1 minggu. Itupun jika korang buat setap hari. Ini antara cara paling cepat untuk ulang-kaji dan cara yang paling efektif untuk mengenal pasti subtopik mana yang korang bebal. Lepas ni, dah boleh recover balik mana-mana yang patut. Kalau tak faham, rujuk semula tips di atas

       SOLAT DAN SEDEKAH




      Banyakkan solat dan bersedekah. Aku tahu mungkin ada yang masih tak pernah solat dan mungkin ada yang tinggal sana sini. Ada orang kata, bila nak exam, barulah nak kenal tikar sembahyang. Tapi ianya lebih baik korang buat daripada terlambatkan? Yang tak pernah buat, buatlah sekarang sebelum terlambat. Ini mungkin salah satu cara nak mengenal diri kita sendiri dan kelemahan kita. Mendekatkan diri kepada Allah. Walaupun pada mulanya mungkin niat untuk lulus exam dengan cemerlang tapi ianya mungkin akan jadi pemangkin yang baik untuk jadi pelajar yang lebih beriman dan cemerlang.

      MAAF




      Maafkan semua orang dan minta maaf dengan sesiapa yang korang rasa pernah terguris dengan apa yang korang pernah lakukan. Takut-takut ada orang menyumpah korang atau doakan perkara tak baik pada korang semua. Ini antara perkara yang utama tapi ramai yang orang ambil rendah. Minta maaflah dengan guru-guru sekolah dan juga ibubapa korang. Masih belum terlambat bukan?

       TAWAKKAL


      Tawakal dan bersangka baik. Memang bagus kalau kita yakin. Tapi jangan terlampau yakin. Dan jangan lupa untuk bersangka baik dalam setiap apa yang kita lakukan. Pasang niat yang elok-elok. Moga-moga korang dapat capai cita-cita korang semua. Terakhir, bertawakal dan berserah. Kita buat apa yang patut dan sentiasa berdoa yang kita akan dapat keputusan yang baik dan cemerlang.


      Itu sahaja yang dapat aku kongsikan. Mungkin tak banyak tapi aku harap ianya akan membantu para pelajar SPM untuk lebih gigih belajar untuk menghadapi ini. Aku harap lebih ramai pelajar dapat A dan dapat pergi belajar ke peringkat yang lebih tinggi. Teringat dulu, selalu tak tidur malam sebab nak belajar. Aku tahu tak berapa elok. Tapi ini yang aku selesa dan alhamdulillah, dapat keputusan yang memberangsangkan sekaligus mendapatkan peluang pekerjaan yang lebih baik.



      GOOD LUCK!


      ALL THE BEST!


      GAMBATE KUDASAI!


      TERIMALAH LAGU TEKAD INI SEBAGAI KATA SEMANGAT....



      -END-

      Friday, 11 November 2011

      11.11.11 - DULU, KINI DAN SELAMANYA






      Assalammualaikum dan salam 1Malaysia..


      Hari ini merupakan tarikh yang menarik. kan kan kan.. ada ramai yang akan menggunakan tarikh ini sebagai pengingat sejarah atau peristiwa seperti perkahwinan, bertunang, beli rumah, masuk rumah dan sebagainya.
      tapi, yang menariknya tarikh boleh digunakan sebagai pemudah untuk kita mengingati sesuatu acata atau peristiwa. tapi bukanlah tujuan utama entri arini untuk menerangkan perkara itu..huhu..

      ada apa dengan 11.11.11??


       
       
      SELAMAT HARI JADI MOHD FIRDAUS RAZALI!




          
      (sila klik dan nyanyi bersama-sama yer)


      eee... tak malu..ucap selamat hari jadi pada diri sendiri.. hahaha.. saja je... sebenarnya nak berterima kasih banyak-banyak kepada semua yang telah ucapkan selamat kepada firr...SAYANG AWAK SEMUA.. muah muah muah..haha...dan paling saya sayang adalah AYAH dan MAK.. terima kasih kerana melahirkan anak yang comel lagi bijaksana ini..hahahaha..bagi yang menyambut hari lahir pada hari ini.. firr ucapkan selamat hari raya..eh.. selamat hari jadi....



      dan kepada my BFF.... thanks... kerana anda saya masih teguh berdiri..

      SHAZLEE, SHAHREEN, LINDA DAN ME...

      BEST FRIEND FOREVER!





      rakan sekerja saya juga di city u.. kerana anda.. saya mampu bertahan...sayang u ols... hahahahah.. gediks..





      GO GENG TUPPERWARE!


      tak lupa juga kepada bekas rakan sekerja dari Masterskill


       AKU DAN ANN

      AKU, FAIZAH DAN JIHA..



      terima kasih sekali lagi.. atas segala ucapan yang diterima..


      SAYA SAYANG AWAK SEMUA


       
      (sila klik dan nyanyi beramai-ramai..hahahaha)
      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
      Winnie The Pooh