Posts

Showing posts from 2013

RAMADHAN DI PERANTAUAN

Image
1 Ramadhan 1434 Hijrah bersamaan 10 Julai 2013 Tahun ini aku diberi cabaran untuk menjalani ibadah puasa di perantauan. Tidak pernah terlintas dalam fikiran akan menetap di sini. Tanggal 10 Jun aku melaporkan diri di Bahagian Pengurusan Latihan (BPL), Kementerian Kesihatan Malaysia. Aku ditawarkan jawatan Pengajar Penolong Pegawai Kesihatan Kesihatan Persekitaran U41.  Selama satu minggu menjalani orientasi dan taklimat oleh pihak BPL, barulah kami mengetahui penempatan masing-masing. Surat penempatan disampaikan oleh Setiausaha Bahagian, Dato' Abu Bakar Othman. Buka sahaja sampul surat.. nah.....

KOLEJ KESIHATAN AWAM KUCHING JABATAN KESIHATAN NEGERI SARAWAK BATU 7 1/2, JALAN PENRISSEN, KOTA SENTOSA 93250 KUCHING, SARAWAK

Redha. Aku pun sudah begitu lama menunggu untuk menjawat jawatan sebagai penjawat awam. 6 tahun penantian. Ini adalah cabaran yang harus aku sahut. Hidup di Perantauan. 

Tapi.......  Air mata tetap mengalir saat mengenang bersahur dan berbuka puasa bersama kelua…