RAMADHAN DI PERANTAUAN

1 Ramadhan 1434 Hijrah bersamaan 10 Julai 2013
Tahun ini aku diberi cabaran untuk menjalani ibadah puasa di perantauan. Tidak pernah terlintas dalam fikiran akan menetap di sini. Tanggal 10 Jun aku melaporkan diri di Bahagian Pengurusan Latihan (BPL), Kementerian Kesihatan Malaysia. Aku ditawarkan jawatan Pengajar Penolong Pegawai Kesihatan Kesihatan Persekitaran U41.  Selama satu minggu menjalani orientasi dan taklimat oleh pihak BPL, barulah kami mengetahui penempatan masing-masing. Surat penempatan disampaikan oleh Setiausaha Bahagian, Dato' Abu Bakar Othman. Buka sahaja sampul surat.. nah.....


KOLEJ KESIHATAN AWAM KUCHING
JABATAN KESIHATAN NEGERI SARAWAK
BATU 7 1/2, JALAN PENRISSEN, KOTA SENTOSA
93250 KUCHING, SARAWAK


Redha. Aku pun sudah begitu lama menunggu untuk menjawat jawatan sebagai penjawat awam. 6 tahun penantian. Ini adalah cabaran yang harus aku sahut. Hidup di Perantauan. 


Tapi.......
 Air mata tetap mengalir saat mengenang bersahur dan berbuka puasa bersama keluarga di hari pertama. Tipulah kata tak sedih. Namun ini akan menjadi bekal untuk diceritakan pada waris-warisku.  
Jangan lupa Niat Puasa






Comments

  1. salam,
    boleh tak share tips untuk hadir interview utk jawatan ni?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KESIHATAN PERSEKITARAN

UNIT KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN

UNIT KAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT